Sunday, August 7, 2011

NUR KASIH THE MOVIE :D

Assalamualaikum 
hye blogie . entry aku pgi ni . aku nak menceritakn tentang moral of the story drpd cerita 
nur kasih the movie . cerita yang aku tgk dgn penuh perasaan
sebab sepanjang aku tgk cerita ni . air mata aku non stop
sedih sgt
Nak diringkaskan jalan cerita ni boleh dikatakan terbaik.
Ini imaginasi aku kalau aku berada di tempat pelakon-pelakon tersebut. 

Adam dan Nur sangat cekal dan tabah menghadapi dugaan.. 
walau banyak rintangan Adam lalui dia sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk Nur.
Doa Adam untuk Nur, "Ya Allah.. Ambillah apa yang Kau nak ambil.. tapi jangan Kau ambil Nur dari Adam.." Tapi ajal maut itu bukankah di tangan ALLAH? kita kena redha dengan ketentuan itu.. 
Tapi betullah, "kadang-kadang menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah berbanding diri sendiri yang menghadapinya.."
masa ni aku dapat rasakan betapa sayangnya adam terhadap nur
 Masa tu Adam menyuruh abangnya Aidil untuk bersabar atas pemergian isterinya.. kemudian Adam pulak yang menerima ujian dari ALLAH iaitu Nur keguguran.. bayi yang mereka nanti-nantikan sudah tiada. 
masa adam  diuji itu Adam mcm melawan takdir ALLAH dan Aidil dapat menenangkan Adam.
Sangat tidak suka dengan pemikiran seorang ustaz yang diminta oleh Adam untuk menyampaikan ceramah mengenai puasa kepada remaja bermasalah. 
Betul kata Adam.. siapa lagi nak membentuk remaja bermasalah itu kalau kita asyik berdakwah dengan hanya di masjid dan surau. 

Mentaliti orang ni kdg2 susah utk kita ramal.Ok, aku  ni cepat emosi.. belum habis cerita dah emosi. haha, banyak sangat expression dan imagination bila masuk scene yang kita tak expect atau expect berlaku."Weh... Adam mati ke?" "Nur Mati ke..?" "Aidil Mati ke..?"Haha. 
Kepada yang belum tengok cerita ni.. sila tengok. Banyak sebenarnya Moral kita dapat dalam cerita ni.
Jangan memandang sudut negative. Ambil yang positive itu. :)

cerita ni memang terbaik la '
sebab aku menangis membuat aku menangis tanpa  henti
lagi satu yg peliknya air mata tu keluar sendiri tanpa aku paksa tau
bukan menangis buat2 tau .. apa2 pon korang tengok la cerita ni sendiri ye 
heheh 
memang terbaik lah 
cinta yang tulus tu perlu disertai dengan ketakwaan kepada Allah, bukan obsesi terhadap cinta semata-mata.




No comments: