Tuesday, November 22, 2011

GENAP 20 tahun .. thanks mama and baba .. :D

Assalamualaikum 
hye blogie . lama sudah tidak update kan
dah bersawang2 dah blog aku ni
heheh

ok . banyak ni cerita yang nak dikongsikan bersama . setelah berbulan juga aku tak update blog aku ni
ok .. bulan 9 hari tu . genap la umur aku 20 tahun
semakin tua dan semakin chubby
hehe 
:)
biasalah senang hati kan sebab tu la . tak ada buat kerja apa2 . mkn , tidur dan pergi class shj 
semakin gemuk . gemuk dan gemuk

ok . back of the story about my birthday
aku tak sambut pun birthday aku . sebab aku kan kt KL
family aku kat johor
macam mana nak sambut kan
tak best la .. so . after 1month birthday aku berlalu .
aku macam rasa sedih juga la kan . mcm mama dan baba mcm tak nk sambut jekan besday aku
tp ...
jeng2 cuba teka apa yang aku dapat dari mama dan baba ?
hahaha
bende yang aku idam2kan sangat .
dah la duta barang ni fav artis aku kan 
hahaha
biar aku bagi hint sikit ea
" SETIAP GAMBAR ADA LAGU "
itulah yang aku dapat dari mama dan baba 
thanks mama dan baba bagi apa yang memey nak sangat2
memey janji . memey akan jaga apa yang mama dan baba bg tu baik2
dia lah baby memey skg ni . nak tidur pun bawa tau
dahsyat tak ?
haha 


hahah . ni la baby aku sekarang cun tak ?
hot pula tu warnanya

ok . sekarang semua orang kat rumah perli aku
asal nampak muka aku je . mesti cakap . .
" SETIAP GAMBAR ADA LAGU "
      
ok . sejak dari hari tu .. aku sentiasa tersenyum
dan setiap apa yang aku buat . mesti ada gambar
huhu
:)

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PADA MAMA DAN BABA
SAYANG KAMU BERDUA .. 

hasil dari camera aku : 



Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin


Assalamualaikum
hye kawan2 .. ketemu lagi kita hari ni
eh2 asal jd indon pula ni . hiihh
apa khabar semuanya ? lama dh tak update blog .. almaklumlah bz kn tgh final exam + nak raya ni
macam mana puasa korang semua ? oke tak ? ada lubang2 tak ?
Alhamdulillah, puasa tahun ni aku takde sangkut.ha lupa aku hanya sangkut satu hari je . Cuma banyak mana ganjaran puasa yang aku dapat tu tak tahulah sekarang ni aku  “ ter’tidur”sampai tak hingat dunia .. 

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya kat Malaysia ni akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada hari SELASA (30 OGOS 2011). 

Baiklah, aku tulis entri ni bukan nak melalut tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini. Aku juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada anda semua andainya aku pernah melakukan kesilapan. Maklumlah, aku hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan.


Korang yang rasa-rasanya pernah buat dosa kat aku tu, korang jangan risau la sebab awal-awal lagi aku dah maafkan korang. Lagipun aku ni bukan jenis yang suka simpan dalam hati lebih-lebih lagi kalau ianya perkara remeh-temeh. Buat tak tahu sudah.

Alang-alang dah bagi ucapan raya ni, nak bagi la peringatan sikitt especially buat korang yang excited nak balik kampung tu supaya berhati-hati semasa memandu agar semuanya selamat. Tak nak la nanti korang keluar kat Buletin Utama dan jadi berita utama kat surat khabar. Elok-elok nak beraya ngan family dan saudara-mara, tak pasal-pasal terpaksa beraya kat hospital. Tak syok la kan. Itu kira bernasib baik lagi. Dibuatnya pergi tak kembali on the spot sebelum sempat minta maaf? Wallahu’alam.
tak payah nak lumba2 .. pandu slow2 sudah .. asalkan selamat sampai di kampung halaman
aku naik bus .. tapi takut juga la kn

Ok lah, sampai sini je entri khas raya aku untuk tahun ni sebab tulis pepanjang pun belum tentu korang rajin nak baca kan? Huhu..
Akhir kata dari aku, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.


Monday, August 8, 2011

5 Cara Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam

Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.

Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.


Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.



( sumber dari love love islam :D )

Ciri-Ciri Wanita Solehah

 Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
dua syarat di atas adalah sebagai berikut:


1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.


- Wajib menutup aurat


- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah


- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.


- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa


- Berbuat baik kepada dua ibubapa


- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang


- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi


- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.

- Tidak cemberut di hadapan suami.
 
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami.
 
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
 
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

Berjabat Tangan Dengan Wanita Bukan Mahram

Pada zaman sekarang, jabat tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi bejat itu mengalahkan akhlak Islami yang seharusnya ditegakkan.

Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika salah seorang dari mereka anda ajak dialog tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai orang kolot, 

ketinggalan zaman, kaku, sulit beradaptasi, ekstrim, hendak memutuskan tali silaturahmi, menggoyahkan niat baik …dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan anak (perempuan) paman atau bibi, dengan istri saudara atau isteri paman, baik dari pihak ayah maupun ibu lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’, tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sungguh ditusuknya kepala salah seorang dari kalian dengan jarum dari besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”( Hadits riwayat Ath-Thabrani dalam Shahihul Jami’ hadits no. 4921.)

Kemudian tak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.”( Hadits Riwayat Ahmad, 1/412; Shahihul Jami’ hadits no. 4126.)

Dan adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam? Namun begitu, beliau mengatakan,

إِنِّيْ لاَ أَمَسُّ أَيْدِيَ النِّسَاءِ.

“Sesungguhnya aku tidak menyentuh tangan wanita.”( Hadits riwayat Ath-Thabrani dalam Al-Kabir, 24/342, Shahihul Jami’, 70554, lihat Al-Ishabah, 4/354, cet Darul Kitab Al-Arabi.)

إِنِّيْ لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ.

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.”( Hadits riwayat Ahmad, 6/357, dalam Shahihul Jami’ , hadits no. 2509.)

Dan dari Aisyah radhiallahu ‘anha, dia berkata,

وَلاَ وَاللهِ، مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُوْلِ اللهِ n يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعْهُنَّ بِالْكَلاَمِ.

“Dan demi Allah, sungguh tangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak (pernah) menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1489.)

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang shalihah karena tidak mau berjabat tangan dengan saudara-saudara iparnya. Perlu juga diketahui, berjabat tangan dengan lawan jenis meski memakai alas (kaos tangan) hukumnya tetap haram.


( sumber dari google :D ) 


 

UJIAN ALLAH S.W.T

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
 
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
 
 
 

Sunday, August 7, 2011

ALL ABOUT FRIENDSHIP :D

true friendship is sitting together in silences and feeling like it was the best conversation you've had


  true friendship is the only person who never gets tired to listening to your problems over and over again



true friend are never apart .. maybe in distance .. but not in my heart